Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi Sujud sahwi

  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka hendaklah menambah satu rakaat lagi kerana rakaat yang tertinggal rukun itu tidak dibilang. Pada kedua-dua hal ini, sunat dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka sunat di jabarkan ( digantikan )dengan sujud sahwi.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut atau baru sedikit pergerakkannya, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.